Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington

Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington
TarikhMalam 25 Disember 1776 (1776-12-25)
Lokasikini Washington's Crossing National Historic Landmark, Pennsylvania dan New Jersey
HadirinGeorge Washington, Angkatan Tentera Benua
HasilPertempuran Trenton

Ralat Lua pada baris 143 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/New Jersey" does not exist. Templat:Campaignbox American Revolutionary War: Northern 1775

Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington berlaku pada malam 25-26 Disember, 1776, semasa Perang Revolusi Amerika merupakan gerakan pertama dalam serangan mengejut yang diatur oleh George Washington menentang tentera Hessian di seberang sungai berais di Trenton, New Jersey pada pagi 26 Disember. Dalam serangan rahsia ini, Washington telah memimpin sepasukan Angkatan Tentera Benua menyeberangi Sungai Delaware berais. Walaupun beberapa operasi terdahulu sama ada dibatalkan atau tidak berkesan, ia tidak menghalang Washington dari mengejutkan dan mengalahkan pasukan tentera Johann Rall yang menduduki Trenton. Tentera Benua kemudian menyeberangi semula ke Pennsylvania, kali ini membawa tawanan dan bekalan tentera yang diperolehi dalam pertempuran ini.

Tentera Washington kemudian menyeberangi sungai untuk kali ketiga pada hujung tahun, dalam keadaan ais yang lebih sukar dan tidak diketahui ketebalannya. Mereka berjaya mengalahkan pasukan bantuan Britain di bawah arahan Lord Cornwallis di Trenton pada 2 Januari, 1777, dan mengalahkan pengawal beliau di Princeton pada 3 Januari, sebelum berundur ke kuarter musim sejuk di Morristown, New Jersey.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search